Friday 4 September 2015

backpacker trip boracay 5h4m 13-17 ogos 2015

huhhhhhh. sumpah lama gila aku nak tunggu bila dah lepas beli tiket tu. Bulan 3 lagi aku dah beli tiket pasal harga dia murah time tu. masa beli tu aku tanpa teragak agak terus beli satu tiket. then lepas tu mula lah terkakai nak carik member nak suh teman pergi. ermmmm. kalau pergi sorang sape nak amik gambar den? xkan sume gambar nak selfie ajo? maka bermulalah misi mencari member travel bermula dengan geng travel buddies masa g perhentian tu. diorg mmg nak pergi tapi masing2 tgah dalam tempoh belajar masa tu. aku xpe lah sebab pergi time cuti sem. last2 aku ajak member kampung aku sorang pastu dia ajak kawan dia lagi 3 org. so total semua sekali 5 orang. hew hew. lega sikit bila dah ramai. xde lah awak tengok muko ekau, ekau tengok muko awak. hahahaha.

so harga tiket time tu xde lah murah mana pon. tapi sebab agak murah rembat terus. tiket return RM398 sorang. sebenarnya bajet g sana xde lah banyak mana. mula mula nak bawak RM500 aje. tapi time tu ringgit tgah jatuh. so tambah lah jadi RM700.

ahli rombongan sekolah kali ini.



sampai sampai dekat kalibo org southwest dah tunggu depan pintu keluar. btw southwest ni mmg bagus. sebab transport dari airport-hotel return serendah 1225 piso aje. murah ok xpayah nak pk pasal fee lain lain. sangat sangat reccommend southwest ni. servis mantap. den bagi 10 bintang. sebabnya ade satu group dari malaysia tu dia amik van kot kena 1200 pergi saja, x termasuk fee bagai. mmg sakit lah. ni laman web southwest : http://www.southwesttoursboracay.com/

penginapan utk malam pertama dah setel dekat malaysia lagi. aku pilih la carmela sebab baca blog blog orang cakap la carmella bagus. then sampai sampai dah kena extra charge 500 piso sebab tambah satu tilam. herghhhh dah la satu malam RM164 sebab masa beli tu online masa dekat malaysia. kami semua x puas hati sebab bilik dia kecik then wifi kena pergi restoren baru nak ada. itu pon kalau orang ramai xdapat connect. mmg x reccommend lah la carmella utk yg dtg 5 org macam kami yg backpacker ni.

reception facebook resort yg sangat reccommended. wifi lajuuuu


then malam tu kami pergi lah carik hotel sebab x puas hati dengan la carmella. btw rate hotel area depan white beach lebih kurang aje. sebab malam kami malas nak p belakang sikit. so jalan jalan jumpa lah facebook resort dekat dengan dmall and jalan lebih kurang 3 minit dah sampai depan white beach. mmg bukan seaview tapi dekat je dengan pantai. facebook resort ni dia nyaman sikit walaupun banyak nyamuk. tapi bilik besar sikit dari la carmella n paling penting wifi laju. tempat dia belakang sikit so sunyi je. rate dia antara yg murah time kami survey tu 1800 piso utk satu malam best for 4 pax. xde brekfes pon xpe sebab la carmella pon bagi brekfes utk 2 org je. lagi 3 nak makan apa?

so malam tu jugak kami p carik pakej2 murah yang ada dekat situ. bersepah org dok promote pakej diorg. tapi hati hati lah sebab maybe ade yg mahal n murah. kami nasib baik sebab jumpa group dari malaysia yg aku jumpa dekat airport kalibo n nasib baik aku tegur diorg nak pinjam pen time kat kalibo tu. time terserempak tu diorg tengah nego dgn barbie si tokey snorkeling kt situ. barbie ni mmg baik. n time tu die tengah mengandung. and kami dapat 2800 piso utk dua hari aktiviti.


10m cliff diving at magic island

helmet diving

parasailing

sunset sailing acah2 org kaya







 activities include: island hoping (crocodile island, puka beach, lunch dekat mana tah, cristal cove n magic island) then esok nya buat helmet diving, parasailing n sunset sailing. okay lah tu kan. nak murah mana lagi. tu pon barbie baik hati sebab bagi kek birthday utk aku., hahahahaahah. tapi lunch tu hati hati sebab dia mmg asing makanan halal dgn x. tapi time kami g tu ada sate pork. shit.  btw mmg best activities dekat situ. nah facebook barbie : https://www.facebook.com/profile.php?id=100008184722713&fref=ts . nama dia barbie trinidad delos santos.
ni la barbie trinidad. sangat friendly. and she brought me a birthday cake as well. thankss.

ini boat kami punya. nampak x group lain dari malaysia tu. nasib baik jumpa diorg. 

aik. taff brader blakang tu

pasal makan xpayah risau sebab ada kedai halal food nombor 122 dekat d'mall yang jual makanan halal. tapi kami ni jenis pergi jalan bajet ciput so dah sediakan maggi n mee sedap dari malaysia. 3 hari weh xmakan nasik. giler. masa balik rasa xsabar nak makan nasik lemak pak naseer. hahaha.
antara kedai makan halal yg ada. no 122 d'mall. 

nasik dia.


kalau stay dekat d'mall tu dekat je nak beli sourvenir belakang tu je. jalan kakai x sampai seminit eh dah sampai.

hari ahad tu free day utk kami so kami decide nak pergi puka beach sebab masa island hoping tu xsempat nak pergi sebab lama sangat dekat magic island. main lompat lompat. haaaa btw. barbie cakap antara ariel point dgn magic island utk kita yg islam ni better pergi magic island sebab dekat ariel point tu mmg lawa tapi best kalau high. hahaha. aku pon x paham kenapa dia cakap camtu. so kami g magic island.
pack your thing and go to the beach man.






nightlife dekat white beach sangat happening. phewww. club merata rata. kalau nak pergi yg open punya dekat station 1 ada. apa tah nama lupa dah.

tapi satu je pasal boracay ni. ramai sangat korean. dah lah sombong. mmg buat aku lagi benci pada kpop. sori kpop fan. and beware of the porkkk!!!!!!
sate pork yg nyaris dimakan. fewwww. nampak sodappp. 


apa apa pon. boracay mmg best. tapi coral dia kalah dengan perhentian. hihihi.  den kasik 5 bintang.

banyak lagi gambar den nak lotak. tapi yg ni yo termampu. hahaha. see you next post. pasal perhentian dgn krabi dulu dulu.


total lost:
flight : RM398 RETURN
hotel : la carmella RM164 / night
         : facebook : 2100 piso/night extra bed
activities: 2800 piso
southwest transportation: 1225 piso /pax

aku habis semua sekali RM1200 utk 5h/4m dekat boracay.

see yaaa...

No comments:

Post a Comment